Friday 16 March 2012

hellooo :]

blalalalalalalalalala

mencari nafas baharu..

Cerpen :Mencari Nafas Baharu
Sinopsis
  Cerpen ini mengisahkan Ana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya. Dia mendapati Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Ana membawa Milah ke hospital dan doktor mengesahkan Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang daripadanya. Peristiwa sedih ini menyebabkan Ana memohon ditukarkan kembali ke tempat kelahirannya.

Tema
Cerpen ini bertemakan pengorbanan seorang guru yang bernama Ana. Beliau mengajar di sebuah sekolah pedalaman Pahang. Dia bersama-sama guru di situ berusaha keras menaikkan prestasi sekolah. Dia juga berhasrat untuk mendermakan sumsum tulang kepada muridnya Milah yang menghidap leukemia. Malangya, Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana.

Persoalan
J Kegigihan dan kesungguhan guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah.
·         Contohnya : Ana dan guru-guru yang lain melakukan pelbagai usaha semata-mata untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam akademik dan kokurikulum.
J Pahit manis  guru yang mengajar di kawasan pedalaman
·         Contohnya : Ana terpaksa menerima kekurangan prasarana yang terdapat di sekolahnya kerana tidak dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
J Kepentingan perubatan moden
·         Contohnya : Doktor di Hospital Daerah, Kuala Lipis berjaya mengesan penyakit Milah dan pelbagai rawatan dilakukan untuk mengubati serta menyelamatkan nyawa anak gadis itu.
J Kasih sayang guru terhadap murid
·         Contohnya : Ana amat menyayangi Milah yang telah dianggap seperti adiknya sendiri sehingga dia sanggup mendermakan sumsum tulangnya untuk mengubati penyakit Milah.




Watak dan perwatakan
J Watak utama (Ana)
·         Guru lulusan universiti pendidikan tempatan.
·         Gigih dalam menjalankan tugas. Contohnya, Ana berusaha sedaya upaya meningkatkan kecemerlangan prestasi sekolah.
·         Penyayang dan prihatin. Contohnya, Ana pergi melawat anak muridnya Milah yang tidak datang ke sekolah selama beberapa hari.
·         Guru tingkatan 3
·         Sanggup berkorban demi anak didiknya. Contohnya, Ana sanggup mendermakan sumsum tulangnya untuk mengubati penyakit Milah.

Nilai murni
J Kasih sayang. Contohnya, Ana amat menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya            sendiri.
JPengorbanan. Contohnya, Ana rela mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah agar nyawa anak muridnya itu dapat diselamatkan.
JKerajinan. Contohnya, Ana menolong ibu Milah berniaga di kedai runcit yang dijalankan secara kecil-kecilan di hadapan rumah mereka.
JBelas kasihan. Contohnya, Ana amat bersimpati dengan penderitaan yang menimpa Milah dan keluarganya.
JPrihatin. Contohnya, Ana bertanya kepada ibu Milah sama ada sudah membawa Milah ke hospital   atau belum.

Pengajaran
JKita hendaklah amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan.   Contohnya, Ana sentiasa melaksanakan tugasnya sebagai seorang guru dengan penuh dedikasi.
JKita mestilah bersifat penyayang terhadap sesama insan. Contohnya,Ana amat menyayangi anak muridnya, Milah.
JKita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Contohnya, Ana ikhlas mendermakan tulang sumsumnya untuk Milah.
JKita hendaklah segera mendapatkan rawatan apabila ditimpa masalah kesihatan. Contohnya, Ana dan keluarga Milah segera membawa Milah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
JKita perlu mempunyai kekuatan dalaman untuk meneruskan kehidupan. Contohnya,setelah pemergian Milah, Ana terpaksa meneruskan kehidupannya walaupun dugaan yang dilaluinya amat pedih.
 nak copy ea?? tak boleh tau papa kite mara la...